Yang ni arnab orang bagi . Buck, berat 2.5 kg. Kalau tengok memang agak besar kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Arnab ini telah pun beberapa kali dimate kan dengan arnab bertina yang lain.Kalau nak di kira anaknya dah berbelas ekor.
Malangnya, arnab ini telah cedera parah. Sarung telurnya telah pecah mungkin disebabkan tersangkut pada sangkar atau pun digigit bapak kucing. Kalau dibiarkan begitu sahaja kemungkinan arnab ini akan mati begitu sahaja. Dari mati lebih baik sembelih, boleh juga dibuat lauk atau bakar ala satay.
Kalau tengok arnab tergantung ni bukannya kena gantung sampai mati tapi, arnab yang mati disembelih digantung untuk memudahkan proses melapah kulit. Tengok pada Karkas tu besar jugok, antara yang paling besar disembelih.
Siap lapah kita timbang dulu, tengok berapa berat. Hampir - hampir 1.5 kg berat bersih.
Untuk kali ni kita potong beberapa bahagian dan perapkan dengan jintan putih, jintan manis, ketumbar, bawang lumat + serai, garam kunyit dan sedikit gula untuk melembutkan daging. lagi lama perap lagi sedap. kemudian bakar atas bara.
No comments:
Post a Comment