Saturday, 11 August 2012

Lagi - lagi berkenaan Ladang mini arnab

Antara arnab yang kami ada ialah arnab kampung, mix lion head, mix anggora dan sepasang arnab baka rex. Masing - masing mempunyai kelebihan tersendiri. Untuk permulaan memang arnab kampung menjadi pilihan kerana ia mudah di jaga dan tahan lasak termasuk juga arnab yang dah mix. Arnab Rex juga menjadi pilihan kerana arnab jenis ini jinak. Arnab jenis juga dikenali dengan nama arnab bulu karpet. bulunya halus dan lembut. Anda akan merasa kelembutannya apabila menyentuhnya.
Arnab adalah antara haiwan yang cepat membiak. Setakat hari ini, arnab matang yang kami pelihara melahirkan anak antara 6-7 ekor setiap kali beranak. Tempoh anak membesar 4 hingga 6 minggu. Kami memilih 6 minggu untuk dipisahkan dari ibu. Kemudian ibu arnab tadi akan di kahwinkan semula. Tempoh bunting arnab lebih kurang 28 hari je, boleh dikatakan sebulan je. Antara anak yang terawal dilahirkan.

Masa ni memang cemas sikit sebab ada dua ibu yang beranak tapi tiga ibu duduk dalam satu sangkar, dah tak tahu yang mana satu ibunya.Tiga belas ekor anak disatukan di bawah jagaan seokor ibu. Inilah pengalaman pertama dengan ceteknya ilmu pasal arnab ni maka 7 ekor dari 13 ekor anak arnab tadi hidup. 


Oleh kerana daging arnab ni adalah daging yang terbaik dari segi khasiatnya maka kami tidak melepaskan peluang untuk merasa dan menjadi sajian kami sekeluarga. Memang sedap.


No comments:

Post a Comment