Ini adalah post pertama, Entah apa yang hendak ditaipkan disini. Dah lama baca blog orang lain tapi aku memang buta IT sebab dah lama cuba buka blog baru hari ini dapat buka satu blog. Tajuk blog pun pasal arnab, jadi ceritalah serba sedikit pasal arnab.
Dua tahun lepas, memenuhi permintaan Nur Afifah Najihah untuk memelihara arnab sebagai pet, tanpa banyak soal kami pun membeli arnab jenis kampung sebanyak 4 ekor dengan harga RM20 sekor. masa tu main tunjuk nak yang mana satu. Arnab ni masa dia kecil memang kiut. Pada awal - awal beli dulu memang dijaga makan minumnya. Bila dah agak besar dibiarkan je, jadi bermula dari saat itu lah pula kami mengambil alih menjaga makan minumnya. Ini adalah antara sangkar yang awal - awal dulu.
Ketika ini rumah arnab berada di halaman rumah. Oleh kerana panas teriknya sang mentari maka rumah arnab ini terpaksa dialih ke sebelah belakang rumah. Maka terbinalah Ladang Mini Arnab dengan bertambahnya beberapa biji lagi rumah arnab, ia sebenarnya bukannya layak di gelar ladang pun, dengan adanya beberapa biji sangkar arnab yang diletakkan di belakang rumah kami menamakannya Ladang Mini Arnab. Suasana di belakang rumah agak teduh sebelah petang, itu yang menyebab tempat itu di pilih untuk didirikan rumah arnab di situ. Suasana yang aman damai sebelah petang menjadikan bahagian belakang rumah tempat bersantai sekeluarga sambil bermain-main dengan arnab.
No comments:
Post a Comment