Saturday 1 December 2012

Arnab bertukar Hakmilik

Oleh kerana arnab yang semakin hari semakin bertambah, Ruang untuk disimpan pun terhad maka arnab yang semakin membiak terpaksalah bertukar Hakmilik. Pada hari sabtu 1 Disember 2012 Arnab yang diiklankan dalam http://www.mudah.my/Arnab+mix-19183616.htm telah pun bertukar tangan.Sebanyak enam ekor arnab dari ibu broken black dan bapa tort yang cantik - cantik telah pun dijual.






Terdapat tiga ekor lagi yang menunggu giliran untuk ditukar hakmilik. DOB 13 November 2012. Warnanya pun cantik juga.Dah pandai makan. warna tort, chinchilla dan broken white.


Tuesday 28 August 2012

makan daging arnab lagi

Yang ni arnab orang bagi . Buck, berat 2.5 kg. Kalau tengok memang agak besar kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Arnab ini telah  pun beberapa kali dimate kan dengan arnab bertina yang lain.Kalau nak di kira anaknya dah berbelas ekor.



Malangnya, arnab ini telah cedera parah. Sarung telurnya telah pecah mungkin disebabkan tersangkut pada sangkar atau pun digigit bapak kucing. Kalau dibiarkan begitu sahaja kemungkinan arnab ini akan mati begitu sahaja. Dari mati lebih baik sembelih, boleh juga dibuat lauk atau bakar ala satay.



Kalau tengok arnab tergantung ni bukannya kena gantung sampai mati tapi, arnab yang mati disembelih digantung untuk memudahkan proses melapah kulit. Tengok pada Karkas tu besar jugok, antara yang paling besar disembelih.


Siap  lapah kita timbang dulu, tengok  berapa berat. Hampir - hampir 1.5 kg berat bersih.


Untuk kali ni kita potong beberapa bahagian dan perapkan dengan  jintan putih, jintan manis, ketumbar, bawang lumat + serai, garam kunyit dan sedikit gula untuk melembutkan daging. lagi lama perap lagi sedap. kemudian bakar atas bara.

Seminggu meninggalkan arnab

Lebih kurang seminggu meninggalkan arnab, balik tengok arnab dah besar. Pertumbuhannya memang cepat dan cantik. perbebezaannya jelas kelihatan.

gambar seminggu sebelum

seminggu selepas


Memang arnab ni adalah haiwan yang mudah diternak, cepat membiak dan cepat membesar serta cepat juga mendapat hasilnya bagi yang ingin mendapatkan dagingnya.

Saturday 25 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hampir seminggu meninggalkan Ladang mini arnab, semua arnab dalam keadaan baik dijaga oleh saudara mara yang berada di kerteh. Dikesempatan Aidilfitri tahun ini kami berhari raya di RPA Arau, Perlis.


Selesai solat Aidilfitri kami menjamu selera dengan pelbagai hidangan seperti laksa utara, ketupat rendang, kuih muih dan tidak ketinggalan menu hari biasa iaitu nasi goreng pun ada. Dikesempatan ini kami mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Beberapa gambar hari raya yang sempat dicapture.








Tuesday 14 August 2012

Arnab ternakan kami

Sepasang REX, mungkin dalam 2 bulan lagi akan beranak pinak .



Antara arnab induk yang lain ialah

Buck

Doe ( Solid White )

Doe

Dan ada beberapa ekor induk lagi. Bulan Julai sahaja 3 ekor induk telah melahirkan anak. lepas ni kena buat lagi sarang baru untuk menempatkan anak - anak yang akan membesar

Monday 13 August 2012

Juadah berbuka puasa dan bersahur

Dikesempatan ramadhan kali ini sempat juga kami menyediakan juadah untuk berbuka dan bersahur yang agak menarik iaitu menu arnab untuk seisi keluarga pada 13 Ogos 2012. Oleh kerana Arnab jantan dalam peliharaan kami terlebih dari senarai untuk dijadikan induk maka ada beberapa ekor tersenarai untuk disembelih.


Arnab ni arnab kampung biasa je. Nak sembelih ni pun perlu ada dua orang, sorang tukang pegang, sorang tukang sembelih. Kalau tiga orang, sorang lagi tukang tengok. Mungkin sesetengah orang boleh menyembelih arnab ni sorang tanpa pembantu. Tapi aku tak bolehnak buat lagi. Kalau ayam kampung pernah aku sembelih tanpa pembantu.Oleh kerana masing - masing takut nak pegang maka terpaksalah.

Beginilah keadaannya setelah dilapah dan dibuang perut, Sesetengah orang ambil sekali hati dan kepalanya.Oleh kerana malas nak melapah kepala maka bahagian kepala dipotong je. Dah sampai tahap ni kerja semakin mudah, hanya tinggal untuk dikerat - kerat bergantung kepada masakan.Oleh kerana nak buat rendang maka dipotonglah kecil - kecil. Kalau nak bakar bolehlah dibelah dua je atau dikerat empat bahagian atau dibakar terus.


Setelah dipotong, saje je tu timbang, cuma nak tengok. Mula - mula timbang guna tangan rasa berat jugak. Nak dapat kepastian digunakan penimbang yang betul. Tengok tu, 1200 gram tu. Berapa RM doh kalau beli yang orang jual ni.


Nampok arnab dok besor mane.Penuh daging sebeseng kecik. Alhamdulillah, Rezeki.


Nak bagi puas hati masak dalam kuali besar, masak dalam kuali kecil susah nak kacau. Ini lah rendang resepi sendiri untuk dimakan seisi keluarga. Tak sempat kering, dah masuk waktu berbuka, Jadilah rendang berkuah. Kalau ada orang jual rendang yang dah masak RM45 sekilo boleh beli doh. Nak buat bagi jadi hingga setakat ni leceh juga prosesnya.

Saturday 11 August 2012

Lagi - lagi berkenaan Ladang mini arnab

Antara arnab yang kami ada ialah arnab kampung, mix lion head, mix anggora dan sepasang arnab baka rex. Masing - masing mempunyai kelebihan tersendiri. Untuk permulaan memang arnab kampung menjadi pilihan kerana ia mudah di jaga dan tahan lasak termasuk juga arnab yang dah mix. Arnab Rex juga menjadi pilihan kerana arnab jenis ini jinak. Arnab jenis juga dikenali dengan nama arnab bulu karpet. bulunya halus dan lembut. Anda akan merasa kelembutannya apabila menyentuhnya.
Arnab adalah antara haiwan yang cepat membiak. Setakat hari ini, arnab matang yang kami pelihara melahirkan anak antara 6-7 ekor setiap kali beranak. Tempoh anak membesar 4 hingga 6 minggu. Kami memilih 6 minggu untuk dipisahkan dari ibu. Kemudian ibu arnab tadi akan di kahwinkan semula. Tempoh bunting arnab lebih kurang 28 hari je, boleh dikatakan sebulan je. Antara anak yang terawal dilahirkan.

Masa ni memang cemas sikit sebab ada dua ibu yang beranak tapi tiga ibu duduk dalam satu sangkar, dah tak tahu yang mana satu ibunya.Tiga belas ekor anak disatukan di bawah jagaan seokor ibu. Inilah pengalaman pertama dengan ceteknya ilmu pasal arnab ni maka 7 ekor dari 13 ekor anak arnab tadi hidup. 


Oleh kerana daging arnab ni adalah daging yang terbaik dari segi khasiatnya maka kami tidak melepaskan peluang untuk merasa dan menjadi sajian kami sekeluarga. Memang sedap.